Tempah penerbangan sekarang

Pilihan tempat duduk

AirAsia Pick my seat

Tidak kira apa jenis tambang yang dipilih untuk perjalanan anda, kami berusaha untuk memberi anda pengalaman penerbangan sebaik mungkin. Ini termasuklah memberikan peluang untuk anda memilih tempat duduk yang diingini; tempat duduk tepi laluan atau tepi tingkap, atau sekadar ingin duduk berdekatan dengan ahli keluarga dan rakan!

Tempat duduk yang diperuntukkan
Jangan risau jika anda tidak memilih tempat duduk. Semua tetamu akan diperuntukkan tempat duduk sebelum penerbangan mereka.


Ingin memilih tempat duduk anda sendiri? Klik sahaja pada jenis pesawat di bawah untuk melihat jenis tempat duduk.


AirAsia Flight seat

A320

Pintu keluar
Tempat duduk popular
Tempat duduk biasa
Pintu keluar kecemasan
Tandas

Tempat duduk popular

Jadilah yang terawal untuk menaiki pesawat dan nikmati ruang kaki tambahan dengan tempat duduk di baris 1, 12 & 14.

Tempat duduk biasa

Nikmati perjalanan anda dengan tempat duduk kulit yang bergaya.

Nota: Kerusi di baris 11, 12 & 31 adalah tidak dapat direbahkan. Tetamu yang dudu di baris keluar kecemasan MESTI memenuhi kriteria berikut:
  • Sihat dari segi fizikal dan mental bagi membantu para petugas sekiranya berlaku kecemasan
  • Berupaya memahami arahan kecemasan bercetak/dituturkan
  • Berumur 15 tahun dan ke atas
  • Tidak berada dalam sebarang peringkat kehamilan
  • Tidak membuat perjalan dengan bayi dan/atau kanak-kanak
  • Tidak membeli kerusi tambahan
Atas sebab keselamatan, kami mempunyai hak untuk memberikan kerusi baharu di atas pesawat jika tetamu tidak memenuhi kriteria di atas.



AirAsia Flight seat

A330

Pintu keluar
Premium FlatBed
Basinet bayi
Quiet zone
Tempat duduk popular
Tempat duduk biasa
Tandas

Ekonomi

  • Tempat duduk popular: Jadilah yang pertama menaiki pesawat dan berlunjur dengan ruang kaki yang luas.
  • Tempat duduk biasa: Nikmati tempat duduk kulit yang mewah agar anda kekal selesa dalam perjalanan.
Quiet zone: Dengan lokasi strategik betul-betul di belakang tempat duduk Premium, kawasan ini (baris 7-14) sangat senyap, tiada gangguan dan mempunyai pencahayaan sekitar yang istimewa. Info lanjut
Nota:Tetamu yang dudu di baris keluar kecemasan MESTI memenuhi kriteria berikut:
  • Sihat dari segi fizikal dan mental bagi membantu para petugas sekiranya berlaku kecemasan
  • Berupaya memahami arahan kecemasan bercetak/dituturkan
  • Berumur 15 tahun dan ke atas
  • Tidak berada dalam sebarang peringkat kehamilan
  • Tidak membuat perjalan dengan bayi dan/atau kanak-kanak
  • Tidak membeli kerusi tambahan
Atas sebab keselamatan, kami mempunyai hak untuk memberikan kerusi baharu di atas pesawat jika tetamu tidak memenuhi kriteria di atas.

Premium FlatBed

Nikmati keselesaan dalam erti kata sebenarnya dan berlunjur di tempat duduk yang luas yang boleh direbahkan sepenuhnya untuk menjadi katil. Premium FlatBed kami mempunyai ciri-ciri yang direka dengan teliti seperti soket kuasa universal, lampu bacaan peribadi, dan meja lipat simpan untuk produktiviti dan keselesaan maksimum. Penyandar kepala dan kaki boleh laras memudahkan anda untuk tiba di destinasi dalam keadaan segar dan bersedia untuk memulakan hari anda. Klik di sini untuk mengetahui faedah istimewa yang disediakan bersama tambang ini!



Pilihan Xtra

Dapatkan lebih banyak daripada tempahan kerusi Ekonomi AirAsia anda dengan pilihan penaiktarafan, ganjaran dan keselesaan daripada Optiontown!